Tuesday 17 May 2011

Makanan dan Pemakanan





Apakah yang anda faham tentang definisi makanan dan pemakanan?

Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan. Makanan juga ialah gabungan pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas dan masam. Tekstur makanan bermaksud kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran suatu makanan. Terdapat makanan savouri dan makanan manis. Makanan merupakan keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan sosial. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina,aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan.

Pemakanan ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud memberi makan mkanan yang berkhasiat. Pemakanan bermaksud mempelajari tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya dan peranan atau fungsinya terhadap tubuh manusia. Pengetahuan tentang pemakanan sangat penting dalam membuat pilihan, apa yang boleh diperolehi dan apa yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang betul bermaksud diet seimbang yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh tubuh manusia.