Apakah yang anda faham tentang definisi makanan dan pemakanan?
Makanan
ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair.
Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan
bau yang berlainan. Makanan juga ialah gabungan pelbagai rasa iaitu
pahit, masin, manis, pedas dan masam. Tekstur makanan bermaksud
kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran suatu
makanan. Terdapat makanan savouri dan makanan manis. Makanan merupakan
keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi
keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti
makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan
makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang berkualiti boleh
memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang
banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang
mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan
sosial. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur,
jantina,aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap
kesihatan.
Pemakanan
ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud
memberi makan mkanan yang berkhasiat. Pemakanan bermaksud mempelajari
tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya dan peranan
atau fungsinya terhadap tubuh manusia. Pengetahuan tentang pemakanan
sangat penting dalam membuat pilihan, apa yang boleh diperolehi dan apa
yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik
dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang betul bermaksud
diet seimbang yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh
tubuh manusia.