Piramid Makanan

Piramid Makanan Malaysia



Apakah Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .Makanan yangdimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas.


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1 (Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian)
Kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak dalam hidupan harian.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2 (Buah-buahan dan sayur-sayuran)
Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

Paras 3 (Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu)

Kumpulan makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. 
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe) dan kacang merah.


Paras 4 (Lemak, minyak, gula dan garam)
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di paras 4 piramid makanan.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.


Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)



Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.